Portal Rasmi TPNS
Tempoh permohonan telah ditutup · daftar awal sekarang

Tabung Pendidikan Negeri Sabah

Platform digital yang memudahkan urusan permohonan, pengurusan serta semakan status Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) secara dalam talian, pantas dan telus.

Belum dibuka? Anda boleh mendaftar akaun sekarang dan melengkapkan profil. Anda boleh memohon sebaik sahaja tempoh permohonan dibuka.

  • Mohon sepenuhnya dalam talian
  • Muat naik dokumen terus
  • Semak status bila-bila masa

Pengumuman Penting

PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF TABUNG PENDIDIKAN NEGERI SABAH FASA 3, TAHUN 2026 KINI DIBUKA

01 Oktober 2026 — 31 Oktober 2026 DITUTUP

Pihak TPNS mempelawa semua anak-anak negeri Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil hingga Doktor Falsafah (PhD) dan DIploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk membuat permohonan.

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

STATUS PERMOHONAN

Permohonan Telah Ditutup

Tidak boleh memohon lagi buat masa ini. Tarikh permohonan seterusnya akan diumumkan.

Daftar awal untuk tempoh akan datang
Objektif TPNS

Mengenai TPNS

Objektif TPNS

Mengumpul dana bagi membolehkan lebih banyak peluang tajaan dapat disalurkan kepada anak-anak negeri Sabah yang Berjaya masuk ke institusi pengajian tinggi.

Visi

Menurunkan kadar kemiskinan melalui pemerkasaan pendidikan.

Misi

Mengumpul dana pusingan bagi memastikan kesinambungan bantuan pendidikan kepada anak-anak Sabah yang layak.

Fungsi TPNS

Memberikan bantuan pendidikan secara one-off kepada pelajar kategori B40.

Memberikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Sabah yang tidak mendapat peluang tajaan daripada mana-mana agensi penaja.

Memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar / keluarga pelajar yang terjejas dengan bencana alam atau kematian.

Sejarah Penubuhan TPNS

10 Februari 2015

Diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dalam Mesyuarat Siri ke-105, Bil. 1.

24 Jun 2015

Diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 11/2015.

13 Ogos 2018

Diserahkan secara rasmi di bawah kendalian Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPP), Yayasan Sabah.

2 Jun 2022

Dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Sumbangan dana berjumlah RM62,442,000.00 daripada Kerajaan Negeri Sabah, GLC, badan kerajaan & bukan kerajaan, syarikat swasta dan dermawan diterima semasa pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) pada 2 Julai 2024.

3 Februari 2025

Dinaiktaraf menjadi Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah (BTPNS), Yayasan Sabah, dengan kapasiti 5 orang kakitangan.

Inisiatif Pertama

TPNS merupakan inisiatif pertama dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015–2023, dengan tema

“PELUANG TAJAAN UNTUK SEMUA”

Panduan Permohonan

Cara memohon dalam 5 langkah

Semua dilakukan dalam talian. Sediakan dokumen anda dahulu supaya permohonan dapat dihantar dengan lancar.

  1. Langkah 1: Daftar Akaun

    Cipta akaun dengan No. MyKad dan e-mel anda.

  2. Langkah 2: Lengkapkan Profil

    Isi maklumat diri, keluarga dan pengajian.

  3. Langkah 3: Muat Naik Dokumen

    Muat naik semua dokumen wajib (PDF atau gambar).

  4. Langkah 4: Semak & Hantar

    Semak semula dan hantar. Boleh dikemas kini sehingga tarikh tutup.

  5. Langkah 5: Semak Status

    Ikuti keputusan melalui dashboard atau semakan awam.

Siapa yang layak?

Kriteria pemohon

  • Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  • Pemohon, ibu dan bapa berasal dari Negeri Sabah; atau
  • Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dari Negeri Sabah; atau
  • Salah seorang ibu atau bapa pemohon mempunyai status Penduduk Tetap Negeri Sabah / pemegang Pasport Luar Negara.
  • Pemohon tidak mendapat sebarang tajaan dari mana-mana agensi penaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam / swasta (dalam negara / luar negara).

Dokumen diperlukan

Sertakan salinan digital sebelum memohon

  • Kad Pengenalan Pemohon, ibu dan bapa
  • Sijil Lahir Pemohon, ibu dan bapa
  • Surat Tawaran Pengajian
  • Surat Pengesahan Aktif Belajar
  • Penyata Pendapatan Pemohon, ibu dan bapa (Jika bekerja)
  • Surat Pengesahan Pendapatan (Jika ibu dan bapa tidak bekerja)
  • Lain-lain Dokumen (Laporan Kemajuan Penyelidikan bab 1 hingga bab 3 bagi kursus Sarjana (Penyelidikan) / Doktor Falsafah)
  • Penyata Akaun Bank Pemohon

Semakan Status

Sudah memohon? Semak status anda.

Tidak perlu log masuk. Masukkan No. Rujukan Permohonan dan No. MyKad untuk melihat status terkini permohonan anda.

  • Di mana No. Rujukan saya?Dipaparkan di dashboard anda selepas permohonan disahkan, contohnya TPNS/2026/00001.
  • Maklumat anda selamatHanya status dan program dipaparkan. Butiran penuh boleh dilihat selepas log masuk.

Contoh: 010203120456

Terkini

Pengumuman

Makluman rasmi terkini daripada TPNS.

Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan Pelancaran Sistem TPNS Smart Application

🌟 SIARAN PENSTRIMAN LANGSUNG | MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN TABUNG PENDIDIKAN NEGERI SABAH (TPNS) DAN PELANCARAN SISTEM TPNS SMART APPLICATION 🌟 Saksikan Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 📅 25 September 2026 (Jumaat) 📍 Aras 3, Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu 📺 Ikuti siaran langsung menerusi: 🔹 YouTube: Kumpulan Yayasan Sabah https://www.youtube.com/live/hjC7cXG4Gq4?si=V_YKyHmRghEQokve

Soalan Lazim

Ada soalan?

Cari jawapan pantas di sini. Jika masih tidak jelas, hubungi kami pada waktu pejabat.

Hubungi Kami

TPNS merupakan inisiatif pertama dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015 – 2023 yang bertemakan “PELUANG TAJAAN UNTUK SEMUA” bagi membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Sabah berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara.

  • Memberikan bantuan Pendidikan secara One-Off kepada pelajar kategori B40;
  • Memberikan bantuan Pendidikan kepada anak-anak Sabah yang tidak mendapat peluang tajaan daripada mana-mana agensi penaja, dan;
  • Memberikan bantuan Pendidikan kepada pelajar / keluarga pelajar yang terjejas dengan bencana alam / kematian;

  • Bantuan One-Off kepada pelajar kursus sijil hingga kursus Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD)
  • Bantuan One-Off kepada pelajar Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI)
  • Honorarium kepada pelajar cemerlang SPM / STPM / MUET
  • Bantuan Sekolah Angkat TPNS
  • Bantuan Bencana Alam
  • Bantuan Latihan Industri
  • Saguhati Mahasiswa Sabah di Semenanjung Malaysia
  • Bantuan Cermin Mata kepada Pelajar Sekolah Menengah
  • Bantuan Kecemasan

Tiada soalan sepadan dengan "". Cuba kata kunci lain atau hubungi kami.

Tadbir Urus

Jawatankuasa TPNS

Barisan ahli jawatankuasa yang mengelola dan melaksanakan Tabung Pendidikan Negeri Sabah.

Ahli Jawatankuasa Pengelola Tabung Pendidikan Negeri Sabah

  1. YB. Dato' Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof Bin Khan Bahadar, J.P

    Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola TPNS

  2. YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

  3. YBhg. Datuk Encik Hassan bin Mahali

    Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

  4. YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali

    Setiausaha / Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

  5. Tuan Haji Hanafiah bin Diman

    Setiausaha Korporat, Yayasan Sabah

  6. YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan

    Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah

  7. YBhg. Datuk Haji Mazlan @ Joehari bin Manan

    Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah

  8. Encik Awangku Raimy bin Pg. Abd. Rahman

    Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)

  9. Tuan Haji Mohd Fauzi bin Norbeh

    Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri

  10. Puan Dorothia George

    Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kewangan Negeri Sabah

  11. YBrs. Encik Mohd Shamsul Husry bin Abdul Wahid

    Pengurus, Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pengelola TPNS

Ahli Jawatankuasa Kerja Tabung Pendidikan Negeri Sabah

  1. YB. Dato' Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof Bin Khan Bahadar, J.P

    Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja / Pengelola TPNS

  2. YBrs. Tuan Haji Hanafiah Diman

    Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Pejabat Setiausaha Korporat

  3. YBhg. Datuk Joshua Ho, JP

    Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB)

  4. Puan Halijah binti Haji Laini

    Pengurus Kumpulan, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB)

  5. Encik Mohd Sharuddin bin Wali

    Pengurus Kumpulan, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian

  6. Puan Rosmini Simin

    Pengurus Kumpulan, Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak

  7. Tuan Haji Asman Dulamid

    Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah

  8. Puan Anica Jamui

    Penasihat Undang-Undang Kanan, Bahagian Perundangan (YS/ICSB)

  9. Encik Mohd Shamsul Husry bin Abdul Wahid

    Pengurus Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah Merangkap Setiausaha Kerja / Pengelola TPNS

  10. Encik Mohd Fazreen bin Musin

    Pegawai Pelajaran Kanan Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah Merangkap Timbalan Setiausaha Kerja

Struktur Organisasi

Profil Kakitangan BTPNS

Barisan Kakitangan Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah (BTPNS)

Pengurusan Kanan

Unit Pentadbiran

Unit Program dan Data

Unit Tajaan / Dana

Hubungi Kami

Kami sedia membantu

Datang ke pejabat, hubungi kami melalui telefon atau hantar e-mel pada waktu operasi.

Alamat

Bahagian Tabung Pendidikan Negeri Sabah, Aras 27, Menara Tun Mustapha, Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah, Teluk Likas, Peti Surat 11201, 88813 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang WAKTU REHAT 12.30 tengah hari – 2.00 petang (Isnin – Khamis) 11.30 pagi - 2.00 petang (Jumaat)

Maklum Balas

Ada pertanyaan, cadangan atau aduan? Hantar dalam talian — tanpa perlu akaun — dan semak balasan kami.

Hantar Maklum Balas →